fbpx

Mayat mangsa lemas Sungai Dungun ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Ahmad Solihin yang mati lemas di Kampung Rajawali, Dungun hari ini.

DUNGUN – Pencarian seorang pemuda yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Dungun, berhampiran Kampung Rajawali, di sini berakhir selepas mayatnya ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat Ahmad Solihin Ishak, 22, ditemui kira-kira 700 meter dari lokasi terakhir dia ditemui pada pukul 9.25 pagi tadi.

“Pasukan mencari dan menyelamat mayat mangsa ditemui terapung berhampiran pam penyedut pasir berhampiran kira-kira 17 jam selepas dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk pengecaman ahli keluarga dan tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Rajawali di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, mangsa sempat memberitahu ahli keluarganya sebelum ke sungai berkenaan untuk mandi.

Keluarga mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 8 malam selepas mendapati mangsa tidak pulang ke rumahnya.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat dilakukan melibatkan kekuatan kira-kira 40 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI