fbpx

MAIPK bantu warga emas jaga abang ipar, anak saudara OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil MAIPk (kanan) menyampaikan sumbangan RM300 kepada Wazir ketika menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Lubuk Katak, Tapah, Khamis lalu.

IPOH – Nasib seorang lelaki warga emas yang menjaga abang ipar serta anak saudaranya di Kampung Lubuk Katak, Tapah mendapat pembelaan selepas dibantu Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

MAIPk dalam satu kenyataan kepada Kosmo! memaklumkan, pihaknya telah menziarahi kediaman Wazir Mohd. Saie, 63, Khamis lalu.

Menurut MAIPk, pihaknya akan mengusulkan bantuan kewangan bulanan kepada keluarga ini bagi meringankan beban.

“Wazir ketika ini perlu menjaga seorang abang ipar berumur 72 tahun yang telah uzur dan terlibat dalam kemalangan jalan raya setahun yang lepas.

“Pasangan ini juga menjaga anak saudara berusia 40-an yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sejak lahir dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan,” ujar kenyataan itu.

Pada lawatan tersebut pihak MAIPk turut menyampaikan bantuan kecemasan daripada dana zakat berjumlah RM300 kepada Wazir.

Akhbar ini menerusi ruangan Kosmo! Prihatin melaporkan, Wazir terpaksa berhenti kerja bagi menguruskan abang ipar serta anak saudaranya yang dibawa tinggal bersama beliau dan isteri di kediaman mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI