fbpx

Lelaki buat aksi kurang sopan depan istana direman 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki berpakaian wanita yang melakukan aksi kurang sopan di depan Laman Mahkota Istana Bukit Serena, Johor Bahru direman dua hari.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki berpakaian wanita yang bergambar sambil melakukan aksi kurang sopan di depan Laman Mahkota Istana Bukit Serene, di sini ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tiffany Chin Phin Yuan selepas membenarkan permohonan dikemukakan kepada pihaknya, hari ini.

Kedua-dua suspek itu yang tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira pukul 8.30 pagi melambaikan tangan ke arah pengamal media yang menunggu di pondok pengawal.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan melibatkan suspek berusia 27 dan 24 tahun itu dibuat kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, tangkapan dibuat secara berasingan di sekitar Taman Nusa Bestari dan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Tangkapan itu dibuat susulan satu hantaran semula yang dimuat naik daripada akaun Facebook ‘Bryan Wee’ dan ‘Deacon Chai’ oleh akaun Facebook Persatuan Bangsa Johor, hari ini.

“Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam atau menggugat keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN