fbpx

Kucing ketagih tonton K-drama, kartun Cocomelon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing peliharaan wanita tersebut bahkan akan mengamuk seperti anak kecil sekiranya kehendaknya untuk menonton tidak dipenuhi. - Twitter/kochengfess

JAKARTA – Seorang wanita dari Indonesia mendedahkan tabiat unik kucing peliharaannya yang gemar menonton rancangan pada peranti sehingga menjadi satu ketagihan, lapor laman Berita Hits hari ini.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, wanita tersebut memberitahu bahawa haiwan peliharaannya itu bahkan akan mengamuk seperti anak kecil sekiranya kehendaknya untuk menonton tidak dipenuhi.

“Adakah anak bulu (kucing) anda semua ketagih menonton drama?” tulis wanita tersebut dalam hantarannya.

Wanita itu turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan kucing peliharaannya sedang menonton pelbagai rancangan termasuk drama Korea dan animasi kartun Cocomelon menerusi sebuah tablet.

Lagaknya kelihatan tenang dan amat fokus ketika menonton.

Perkongsian wanita berkenaan menjadi tular dengan ramai pengguna memberikan pelbagai komen.

“Sangat ketagih menonton apatah lagi yang memaparkan gambar ikan dan kartun Cocomelon,” kata seorang netizen.

“Kalau kucing saya, bila diberi telefon bimbit, ia akan menendangnya kerana lebih gemar tidur,” komen seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI