fbpx

Harus hukum memendekkan ejaan ‘salam’ di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri

PUTRAJAYA – ‘Salam’ dan ‘Aslmkm’ adalah lafaz memberi salam yang kebiasaan digunakan ketika memulakan bicara di aplikasi WhatsApp atau media sosial yang lain.

Namun, apakah hukum di sebalik memendekkan lafaz salam itu dan perlukah ia ditulis dengan lafaz yang penuh.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berpandangan, hukum memendekkan salam ketika bermesej adalah harus.

Menurutnya, ia diharuskan dengan syarat lafaz salam yang telah dipendekkan itu dapat difahami dengan maksudnya sebagai lafaz salam.

“Hal ini kerana seseorang itu tidak akan menulis atau memendekkan lafaz salam melainkan dia berniat atau bermaksud untuk memberi salam.

“Misalnya, dia menulis di awal mesejnya ‘salam’ atau ‘aslmkm’ atau apa-apa singkatan yang boleh difahami daripadanya bahawa penulis mesej berkenaan maksudkan sebagai memberi salam,” katanya menerusi artikel terbaharu portal, Maktabah Al-Bakri, hari ini.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, apa yang paling baik (afdhal) adalah memberi salam atau menulisnya dengan menggunakan lafaz yang sempurna, sekurang-kurangnya dengan lafaz ‘Assalamualaikum’.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI