KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, Dr. Izani Husin disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini sejak Selasa lalu.
Perkara itu disahkan oleh Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Kenyataan itu turut mendoakan, semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan dan memudahkan urusan semua.
“Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama,” katanya. -KOSMO! ONLINE