fbpx

Bekalan madu kurang punca lambakan produk tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAUDI menunjukkan madu lebah tualang asli di Kampung Bolok, Temerloh semalam.

TEMERLOH – Pengeluaran madu lebah tualang di negara ini yang diakui berkhasiat sejak turun temurun perlu dikekalkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan kelestarian hutan semula jadi.

Pengumpul madu lebah tua­lang, Saudi Sidek, 61, berkata, pada masa ini madu tualang semakin berkurangan, manakala permintaan terus meningkat walaupun dijual dengan harga yang mahal.

“Menyedari akan perkara itu tidak hairanlah ada peniaga mengambil kesempatan menjual madu tiruan di pasaran dengan campuran gula merah dan mani­san tebu dengan harga setara madu asli.

“Kegiatan itu perlu dibanteras kerana bukan sahaja menjejaskan perniagaan penjualan madu asli tetapi juga boleh memudaratkan pengguna” katanya ketika ditemui di Kampung Bolok Lanchang di sini semalam.

Menurut Saudi, penjualan madu lebah tiruan sememang­nya berlaku apabila dia pernah beberapa kali mengesan penjual yang melakukan kegiatan itu di beberapa pusat peranginan di negeri ini.

Katanya, kesukaran mengesan perbezaan madu lebah asli dan tiruan menyebabkan ramai yang tertipu dan membeli madu lebah berkenaan yang turut dijual de­ngan harga yang tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata, dia telah bergelumang de­ngan penghasilan produk madu lebah tualang asli sejak 30 tahun lalu dan memasarkannya di bawah jenama Saudi.

“Pada asalnya saya hanya membantu pencari madu lebah tualang dalam kalangan Orang Asli Che Wong Kuala Gandah sekitar tahun 1991.

“Madu lebah tualang asli ini dikumpul dalam lebih 30 bekas khas yang disimpan di dalam bilik khas bagi menerima tempahan pada bila-bila masa, saya juga ada menyimpan contoh madu lebah tualang yang diambil pada 1990-an dan masih lagi elok,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI