fbpx

Yayasan Didik Negara berjaya kumpul sumbangan RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi menerima replika cek bernilai RM10 juta daripada Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shariah Nelly Francis (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Yayasan Didik Negara di Auditorium Kompleks E di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Yayasan Didik Negara (YDN) yang ditubuhkan Julai tahun lalu sudah berjaya mengutip sumbangan keseluruhan berjumlah RM20 juta.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin pada majlis pelancaran yayasan berkenaan, di sini hari ini.

Radzi berkata, sumbangan yang diterima adalah dalam bentuk wang tunai dan juga pelbagai barangan lain termasuk gajet serta barangan keperluan persekolahan.

Beliau berkata, sebahagian daripada sumbangan itu termasuk komputer riba dan beg sekolah sudah pun diagihkan kepada murid terjejas di seluruh negara.

“Ketika ditubuhkan pada Julai tahun lalu, kami menyasarkan sumbangan sehingga RM20 juta dan ia tercapai hari ini.

“Kami belum menetapkan sasaran sumbangan tahun ini dan ia kini sedang diperincikan diperingkat pengurusan YDN,” katanya.

Katanya, beliau mengajak seluruh Keluarga Malaysia termasuk warga korporat untuk bersatu tenaga dan menyumbang menerusi YDN bagi memastikan pendidikan negara terus dilonjakkan ke peringkat lebih tinggi.

Radzi berkata, bagi menjayakan hal ini, beliau juga mahu sumbangan yang diterima ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendapat impak yang maksimum.

“Kita juga buka sumbangan ini kepada orang awam kerana tanggungjawab pendidikan adalah tanggungjawab semua,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata, beliau juga mahu setiap sumbangan disalurkan kepada YDN bagi memastikan setiap agihan bantuan kepada murid terjejas lebih teratur dan tersusun.

YDN yang ditubuhkan pada Julai 2021 berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti untuk mengembleng sumbangan daripada semua pihak selain menyelaras dan memastikan supaya setiap sumbangan yang diberikan mendapat impak yang optimun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI