fbpx

Wanita hilang hampir tiga tahun dijumpai kebingungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjumpai mangsa di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas kelmarin selepas hilang tanpa khabar berita hampir tiga tahun lalu.

KOTA BHARU – Kehilangan seorang wanita selepas dia kononnya mendakwa bekerja di Putrajaya hampir tiga tahun lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui dalam keadaan kebingungan di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas dekat sini petang kelmarin.

Ahli keluarga melaporkan kehilangan wanita berusia 26 tahun itu di Balai Polis Ketereh ekoran gagal menghubunginya selepas dia menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di sebuah premis di Putrajaya pada bulan November 2019.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sebelum menghilangkan diri, ahli keluarga hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, berdasarkan keterangan, bapanya pernah ke Putrajaya mencari mangsa, namun dimaklumkan wanita itu tidak pernah datang ke premis yang didakwa merupakan tempat kerjanya.

“Bapanya terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu. Selepas hampir tiga tahun menyiasat, wanita terbabit berjaya ditemui di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas.

“Siasatan mendapati, wanita itu dipercayai tinggal di rumah berkenaan bersama seorang lelaki warga emas berusia dalam lingkungan 60-an dan seorang wanita dipercayai isterinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Suhaimi memberitahu, berdasarkan siasatan, wanita terbabit disyaki berkenalan dengan lelaki itu sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.

Menurutnya, ketika polis menjumpai wanita itu di rumah berkenaan kira-kira pukul 6 petang kelmarin, warga emas itu tiada di rumah dan hanya isterinya sahaja berada bersama mangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI