fbpx

Remaja tikam bayi diadili mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja perempuan (kiri) yang didakwa membunuh bayi lelakinya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, 8 Februari lalu.

PUTRAJAYA – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang sebelum ini dituduh menikam bayi lelakinya di Kemaman, Terengganu pada 15 Februari lalu akan melalui proses keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Jabatan Peguam Negara berkata, ia berikutan individu dituduh itu merupakan seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah akta berkenaan dan jika disabitkan, kanak-kanak berkenaan akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2) akta tersebut.

“Pertuduhan ke atas kanak-kanak tersebut adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata.

“Maklumat mengenai kejadian rogol hanya diketahui selepas kanak-kanak tersebut ditangkap, di mana satu laporan polis dibuat kanak-kanak ini pada pada 8 Februari lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, katanya, pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan lain setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas kanak-kanak berkenaan.

Mengulas mengenai pertuduhan asal, jabatan berkenaan berkata, Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu menerima kertas siasatan berkaitan satu kejadian kematian seorang bayi yang dilahirkan 8 Februari lalu di sebuah rumah di Kemaman, Terengganu.

Jelasnya, laporan polis berkaitan kertas siasatan itu dibuat pada tarikh sama oleh seorang pegawai perubatan yang memaklumkan telah didatangi oleh seorang wanita yang memaklumkan staf di kaunter mengenai satu kes bersalin di rumah.

Kira-kira pukul 9.10 pagi, katanya, pengadu bersama pasukan ke lokasi dan terlihat seorang perempuan sedang memegang bayi berhampiran sinki dapur dan pengadu juga mendapati tali pusat bayi telah dipotong dengan menggunakan benda tajam.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan, Pejabat Pengarah Pendakwan Negeri telah memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas seorang kanak-kanak yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kematian bayi yang dilahirkan itu.

“Pertuduhan dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kilogram semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam selain terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI