fbpx

PRN Johor: 16 calon Amanah bakal rebut kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu (tengah) memperkenalkan 16 calon Amanah ketika sidang akhbar di Hotel Thistle, Johor Bahru hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan 16 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Turut dicalonkan ialah empat calon ‘heavyweight’ Amanah yang terdiri daripada Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan timbalannya, Dzulkefly Ahmad.

Suhaizan akan bertanding di kerusi DUN Pulai Sebatang yang sebelum ini disandang Ketua Pemuda Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Sementara itu, Salahuddin (Simpang Jeram), Aminolhuda (Parit Yaani) dan Dzulkefly (Kota Iskandar) bertanding kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dalam Majlis Pengumuman Calon Amanah yang dirasmikan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu itu turut mengumumkan lapan calon baharu yang akan bertanding buat pertama kali.

Mohamad memberitahu, calon baharu itu melibatkan calon paling muda, Mohamad Fakrulradzi Mahmud, 32, yang bertanding di kerusi DUN Endau dan calon tertua parti, Mat Khairi Samsudin, 66, yang bertanding di DUN Sedili.

Enam lagi calon baharu diperkenalkan ialah Ahmad Daniel Shahrudin (Panti), Rohani Banu Abd. Rahman Krishnan (Kahang), Abd. Hamid Jamah (Senggarang), Asim Abdullah Ainollotfi (Serum), Elia Nadira Sabudin (Bukit Pasir) dan Norazila Sanip (Penawar). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI