fbpx

Penyelia syarikat lebur RM4,600 angkara saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang penyelia sebuah syarikat kawalan keselamatan berputih mata selepas diperdaya dalam pelaburan saham yang disertai melalui laman Instagram sehingga mengalami kerugian RM4,600.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 8 Februari lalu apabila mangsa yang berusia 52 tahun menyertai satu kumpulan media sosial telegram skim pelaburan yang menggunakan nama Youth Rich Trader.

“Mangsa berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan dan telah membuat bayaran pendaftaran sebagai ahli sebanyak RM1,000 melalui mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Jalan Lim Hoe Lek, di sini, pada hari sama.

“Mangsa dijanjikan pulangan sebanyak RM9,000 dalam masa enam jam dan hasil keuntungan itu akan dibahagikan iaitu 60 peratus kepada pelabur manakala 40 peratus pula untuk broker,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, selepas 24 jam, mangsa dihubungi semula oleh suspek yang menunjukkan penyata pelaburan dan meminta mangsa membuat pembayaran tambahan sebanyak RM3,600 sebagai bayaran broker.

Katanya, mangsa kemudiannya membuat bayaran berkenaan melalui CDM ke akaun yang berbeza pada Rabu lalu namun keesokkannya suspek menghubungi mangsa dan mengatakan tidak dapat mengakses akaun pelaburan mangsa dan meminta mangsa membuat pembayaran semula sebanyak RM3,600

Ujarnya beliau, mangsa berasa curiga dan mengesyaki ditipu lalu membuat laporan polis. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI