fbpx

Penggunaan katil ICU di Johor dan Kelantan lepasi 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Johor mencatatkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) tertinggi melebihi 50 peratus dengan 65 peratus dilaporkan, diikuti oleh Kelantan sebanyak 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi katil bukan ICU pula, sembilan negeri merekodkan peratusan pengisian tertinggi iaitu Perak (99 peratus), diikuti oleh Kelantan (96 peratus) dan Selangor (93 peratus).

“Seterusnya Perlis (93 peratus), Putrajaya (85 peratus), Kuala Lumpur (84 peratus), Johor (80 peratus), Sabah (79 peratus) dan Pahang (51 peratus).

“Bagi katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), lapan negeri dengan peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu Perak (74 peratus), Negeri Sembilan (73 peratus), Selangor (71 peratus), Terengganu (60 peratus), Kelantan (59 peratus) Sabah (58 peratus), Kedah (51 peratus), dan Pulau Pinang (50 peratus),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 141 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator sebanyak 36 peratus.

“Secara keseluruhannya kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes Covid-19 dan bukan Covid-19, namun begitu setiap negeri telah bersiap siaga dengan pelan tindak balas segera sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI