fbpx

Pendidikan tetap agenda utama Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika menghadiri Karnival KPT Keluarga Malaysia di Batu Pahat, Johor hari ini.

BATU PAHAT – Pendidikan akan terus menjadi agenda utama negara yang digaris sejak merdeka meskipun kerajaan bertukar-tukar pentadbiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penekanan kepada aspek pendidikan termasuk pendidikan tinggi juga perlu menjadi keutamaan, selari dengan nilai Keluarga Malaysia iaitu menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga.

Beliau berkata, selain menyediakan fasiliti pendidikan tinggi seperti universiti, politeknik dan kolej komuniti, kerajaan juga sedaya upaya memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti pengajian mereka dengan lebih selesa.

“Pendidikan merupakan agenda yang penting bagi mengubah sesuatu keluarga, kaum dan individu. Sejak dari merdeka kerajaan menjadikan pendidikan sebagai agenda utama. Walaupun kerajaan bertukar-tukar, tetapi pendidikan tetap menjadi agenda utama.

“Dengan pendidikan, tanpa mengira latar belakang, anak penoreh getah pun boleh menjadi seorang perdana menteri dan anak tok penghulu boleh jadi menteri besar, berjaya hasil dasar yang jelas daripada kerajaan untuk tingkatkan taraf pendidikan anak-anak bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Keluarga Malaysia di sini.

Tambah Perdana Menteri, pendidikan juga boleh membantu golongan B40, M40 dan masyarakat luar bandar melanjutkan pelajaran melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan seperti Biasiswa MARA yang menanggung sepenuhnya pelajar ke luar negara.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memuji KPT yang melaksanakan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) yang memfokuskan usaha membantu pelajar B40 melibatkan ahli keluarga mereka yang belum ada seorang pun pernah menjejakkan kaki ke menara gading. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI