fbpx

Pencemaran udara lemahkan kualiti sperma lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keupayaan sperma untuk berenang adalah lebih lemah dalam kalangan lelaki yang tinggal di bandar-bandar paling tercemar. – EPA-EFE

BEIJING – Satu kajian baharu mendapati lelaki yang tinggal di kawasan dengan kadar pencemaran udara tinggi lebih cenderung untuk memiliki sperma yang lemah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian yang dijalankan di 130 bandar di China itu menganalisis sperma dalam dalam kalangan 34,000 lelaki.

Ia melibatkan individu yang mengunjungi klinik kesuburan di Hospital Ninth People’s di Shanghai, di mana isteri-isteri mereka menjalani rawatan kesuburan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa keupayaan sperma untuk berenang adalah lebih lemah dalam kalangan lelaki yang tinggal di bandar-bandar paling tercemar.

Ia bagaimanapun tidak menjejaskan bilangan sperma yang dihasilkan.

Pelajar doktor falsafah dari Universiti Fudan, Yan Zhao, dalam kajian itu berkata, penyelidikan tersebut mencadangkan bahawa langkah-langkah kawalan untuk mengurangkan pendedahan terhadap pencemaran udara boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki.

“Bukti-bukti sebelum ini menunjukkan bahawa pendedahan kepada pencemaran boleh mengganggu sintesis (penghasilan) protein yang diperlukan untuk mobiliti sperma,” katanya. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI