fbpx

Pasangan muda jual ganja secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya menunjukkan dadah jenis ganja yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini. /FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Tindakan pasangan muda menjadikan premis kediaman sebagai pusat pemprosesan dadah tumpas apabila ditahan polis dalam serbuan berasingan di sini, kelmarin dan semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, serbuan itu dijalankan pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur menerusi Ops Arlene di tempat letak kereta dan kediaman pasangan terbabit.

“Kita menahan pasangan suami isteri itu yang berusia 27 serta 29 tahun dan menemui 244 ketulan mampat ganja beserta peralatan memproses pil dadah di pangsapuri suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Jelas Yahaya, susulan itu pihaknya turut merampas kesemua ketulan mampat ganja terbabit seberat 242 kilogram(kg) yang dianggarkan bernilai RM605,000.

“Selain itu, kita turut merampas dua buah mesin memproses dadah, tujuh bungkusan bahan proses ganja dan sebuah kenderaan pacuan empat roda menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM740,000.

“Pasangan ini dipercayai mengedar dadah yang telah siap diproses menerusi perniagaan online melalui Whatsapp serta Facebook dan dihantar sendiri kepada pelanggan,” ujarnya.

Katanya, pasangan muda itu menyasarkan pelanggan di ibu kota dan siasatan lanjut mendapati keduanya tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI