fbpx

MH370: MOT bekerjasama dengan Biro Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. - AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) susulan terdapat petunjuk terbaharu mengenai lokasi pesawat MH370 yang hilang pada tahun 2014.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai langkah ATSB ketika ini yang sedang meneliti data terbaharu mengenai petunjuk tersebut.

Menurutnya, kerjasama dengan ATSB akan dbuat sejurus hasil keputusan daripada penelitian itu diperolehi kelak.

“Sebarang perbincangan lanjut juga akan diadakan dengan Kerajaan Republik Rakyat China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai yang mungkin membawa kepada pencarian baharu bagi pesawat MH370 yang hilang.

“Sama seperti ATSB, MOT tidak boleh mengulas secara terperinci tentang kesahihan penilaian petunjuk itu tanpa semakan dan pengesahan pihak ketiga,” katanya di sini hari ini.

Berita berkaitan: Misi pencarian MH370 dimulakan semula

Jelas kenyataan itu, MOT bersimpati dengan ahli keluarga mangsa dan berpandangan bahawa sebarang bukti baharu yang boleh dipercayai yang mungkin membawa kepada penemuan lokasi pesawat MH370 perlu dipertimbangkan dan diteliti sewajarnya.

ATSB ketika ini sedang meneliti data baharu yang dikeluarkan oleh seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Richard sebelum ini mendakwa teknologi radio yang digariskan dalam laporannya iaitu Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) boleh digunakan untuk mengesan dan menjejaki pesawat dengan tepat.

Beliau percaya MH370 terhempas ke laut pada kedudukan sejauh 1,933 kilometer dari barat Perth dan berada 4,000 meter di bawah air. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI