fbpx

Majikan abai kebajikan pekerja dikompaun RM10.27 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (kanan) melihat topi keselamatan pembinaan yang digunakan pekerja untuk mencedok air mandian di sebuah rumah kongsi di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan kompaun RM10.27 juta ke atas majikan yang didapati mengabaikan kebajikan pekerja dalam tempoh setahun iaitu bermula Februari tahun lalu hingga 15 Februari lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).

Jelas beliau, daripada jumlah tersebut, kompaun berjumlah RM4.28 juta melibatkan 1,192 kertas siasatan berjaya dikutip.

“Ia termasuk sebanyak 135 kes yang telah didakwa di mahkamah sesyen melibatkan denda hampir RM1 juta.

“Kesemua tindakan pematuhan itu dilakukan hasil 40,597 pemeriksaan ke atas majikan serta 171,420  penginapan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta 446 dan Pematuhan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di beberapa lokasi sekitar negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI