fbpx

Lelaki Iraq didakwa bunuh wanita Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Ahmed Abdullah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

AMPANG – Seorang lelaki warga Iraq dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Somalia pada minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ali Ahmed Abdullah Al-Maghazachi, 25, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Ali Ahmed yang juga didapati membunuh Dahabo Omar Ali pada 13 Februari lalu jam 11.46 pagi di hadapan sebuah premis di Jalan Memanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, di sini.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaann dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ameera Sam Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Isnin lalu, media melaporkan polis berjaya memberkas seorang lelaki warga Iraq yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan wanita warga Somalia dalam kejadian di Ampang Point.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya memberkas suspek yang berusia 25 tahun pada pukul 11.20 malam tadi berhampiran Jalan Ampang Putra di sini.

Menurut polis, suspek merupakan lelaki warga Iraq memegang status kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai pembantu restoran.

Menerusi tangkapan itu, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam wanita warga Somalia tersebut.

Sebelum itu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga asing maut akibat dibunuh suspek yang didakwa berpunca daripada pergaduhan sebelum suspek bertindak menikam mangsa dengan objek tajam dekat tempat letak kereta di hadapan sebuah kedai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI