fbpx

[KEMASKINI] Ebit Lew mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew (kanan) ketika tiba di Mahkamah Litar Tenom, hari ini. /FOTO IVAN AMIRUL

TENOM – Pendakwah popular, Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual sejurus dihadapkan di Mahkamah Litar Tenom, di sini hari ini.

Ebit, 37, didakwa atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Pertuduhan didengari Majistret Nur Asyraf Zolhani yang kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada Jun depan.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Terdahulu, Ebit yang berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada pukul 9 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota  Vellfire dan ditemani sekumpulan individu lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI