fbpx

Kanak-kanak jatuh telaga: Doa Malaysia buat Haidar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Malaysia mendoakan agar usaha penyelamatan Haidar berjaya. /FOTO TWITTER

PETALING JAYA- Insiden jatuh perigi terbaru melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dari Afghanistan kembali mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila rata-rata daripada mereka terus mendoakan agar usaha penyelamatan bakal berjaya.

Kanak-kanak lelaki itu dikenali sebagai Haidar,9, dikatakan terperangkap di dalam perigi sedalam 10 meter sejak dua hari lalu selepas terjatuh ke dalamnya.

Berdasarkan beberapa gambar dikongsikan di laman sosial media, kanak-kanak itu dikatakan tersepit pada bahagian sisi dan tidak dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Susulan itu, rata-rata netizen Malaysia terus menitipkan doa agar usaha penyelamatan itu berjaya dan Haidar dapat kembali ke pangkuan keluarga semula.

“Ya Allah semoga dia dilindungi,” kata Reen Aminuddin.

“Ya Allah, semoga Haidar dapat pulang ke pangkuan keluarga, moga kes Rayyan sebelum ini dapat dijadikan iktibar, lindungi mereka,” doa Queen Adam.

“Semoga semuanya dipermudahkan, risau tengok banyak insiden jatuh perigi akhir-akhir ini,” jelas Kal Zainal.

Pada 6 Februari lalu, seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari iaitu Rayan Awram,5, dilaporkan meninggal dunia setelah berjaya dikeluarkan dari perigi itu.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Rayan dilaporkan terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI