fbpx

Dua lelaki berpakaian wanita beraksi tidak sopan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor menahan dua lelaki berpakaian wanita beraksi tidak senonoh di depan Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menahan dua lelaki berpakaian wanita yang bergambar sambil melakukan aksi kurang sopan di depan Laman Mahkota Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan melibatkan suspek berusia 24 dan 27 tahun itu dibuat kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, tangkapan dibuat secara berasingan di sekitar Taman Nusa Bestari dan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Tangkapan itu dibuat susulan satu hantaran semula yang dimuat naik daripada akaun Facebook ‘Bryan Wee’ dan ‘Deacon Chai’ oleh akaun Facebook Persatuan Bangsa Johor, hari ini.

“Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam atau menggugat keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial dengan salah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI