fbpx

Berlian biru terbesar dijangka catat harga lebih RM200 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG model wanita menunjukkan berlian The De Beers Cullinan Blue semasa sidang akhbar Sotheby’s di New York pada 15 Februari lalu. - AFP

NEW YORK – Sotheby’s mengumumkan kelmarin bahawa firma lelongan berkenaan akan menawarkan berlian biru terbesar di dunia dalam satu majlis lelongan di Hong Kong pada April tahun ini.

Menurut Sotheby’s, pihaknya menjangkakan berlian De Beers Cullinan Blue seberat 15.10 (3.02 gram) karat akan dapat dilelong pada harga lebih AS$48 juta (RM200.7 juta).

“De Beers Cullinan Blue merupakan ‘berlian biru terang yang dipotong tanpa cacat cela terbesar’ pernah digredkan oleh Institut Gemologi Amerika (GIA),” kata Sotheby’s dalam satu kenyataan.

Lelongan tersebut adalah kali pertama untuk berlian biru dengan berat lebih daripada 15 karat.

Sotheby’s berkata, berlian itu dipamerkan kepada bakal pembida di New York pada minggu ini dan  akan ditawarkan untuk lelongan semasa Minggu Mewah Hong Kong pada April ini.

Ia dicanai daripada berlian kasar yang ditemui di lombong Cullinan, Afrika Selatan pada April 2021.

Berlian itu lebih besar daripada berlian Oppenheimer Blue yang memiliki berat 14.62 karat (2.92 gram). Oppenheimer Blue mencatat rekod dunia untuk berlian biru dalam satu lelongan pada Mei 2016 apabila dijual pada harga AS$57.5 juta (RM240.4 juta).

Awal bulan ini, Sotheby’s di London menjual Enigma iaitu berlian dicanai terbesar yang pernah dilelong, seberat 555.55 karat (111.11 gram). Berlian itu dijual pada AS$4.3 juta (RM17.9 juta). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI