fbpx

Jeffrey, Aruwin pahat sejarah unik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOIRA (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Jeffrey selepas perjuangan Malaysia pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 sudah berakhir. - MOM

PERJUANGAN dua atlet negara pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China berakhir dan pasti ia satu detik bersejarah buat Malaysia kerana bersaing di pentas berprestij tersebut.

Pada Olimpik Musim Sejuk ini, impian peluncur ski alpine negara, Jeffrey Webb untuk melangkah jauh gagal apabila terjatuh pada awal saingan Run 1 menyebabkan dia gagal meneruskan cabaran.

Jeffrey yang membuat kemunculan kedua di pentas Olimpik selepas melakukan debut pada edisi 2018 di PyeongChang, Korea Selatan bagaimanapun tidak berputus asa, malah memasang tekad untuk melakukan terbaik pada edisi seterusnya.

“Terima kasih kepada semua dengan peluang diberikan ini. Saya harap dapat meneruskan sekali lagi pada masa akan datang,” kata Jeffrey.

Sebelum ini, peluncur ski wanita negara, Aruwin Salehhuddin, 17, mencipta sejarah muncul sebagai atlet wanita pertama Malaysia membuat penampilan pada Olimpik Musim Sejuk dan menamatkan cabaran acara giant slalom wanita dalam kelompok 40 terbaik pada 7 Februari lepas.

Sementara itu, ketua kontinjen negara, Moira Tan berkata, pihaknya berbangga dengan penampilan Jeffrey kerana sudah melakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahinya.

“Jeffrey sudah mencuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahinya. Kami berte­rima kasih kepada mereka berdua kerana mengibarkan Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

“Kami berharap Jeffrey akan terus berlatih bersungguh-sungguh dan kembali lebih kuat pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 akan datang,” kata Moira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI