fbpx

Ada pengguna botol polikarbonat tertipu label ‘Bebas BPA’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara botol air dan botol susu yang dikesan mengandungi BPA dalam kajian CAP dan IPEN di negara ini.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan terdapat kandungan kimia bertoksik, Bisphenol A (BPA) dalam botol susu dan botol air yang dijual di negara ini biarpun kerajaan telah mengharamkan penggunaan bahan itu sejak Mac 2012.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, kajian pihaknya bersama International Pollutants Elimination Network (IPEN) baru-baru ini mendapati BPA dikesan dalam kesemua sembilan sampel botol polikarbonat yang diuji.

Menurutnya, jumlah BPA yang dikesan dalam sampel di negara ini adalah antara 0.3 bahagian perbilion (bpb) hingga 5.8 bpb.

“BPA adalah bahan kimia toksik dengan tiada paras pendedahan yang selamat.

“Antara sampel itu adalah botol susu buatan China yang didapati terkandung 2.6 bpb BPA biarpun ia mempunyai label ‘Bebas BPA’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau menambah, menerusi kajian IPEN di lapan buah negara, BPA turut dikesan terdapat di dalam 76 daripada 98 botol susu dan bekas makanan yang dianalisis.

“Dua pertiga sampel botol dilabelkan sebagai bebas BPA, namun terap didapati mengandungi bahan kimia itu.

“Amat mengejutkan apabila begitu banyak produk disalah label sebagai bebas BPA dan ibu bapa yang prihatin tertipu dengan membeli produk yang boleh membahayakan bayi mereka itu,” katanya lagi.

Tambah Mohideen, pendedahan kepada BPA dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan kesihatan termasuklah kanser, gangguan kesuburan, disfungsi seksual dalam kalangan lelaki dan wanita serta diabetes.

Beliau berkata, CAP turut menggesa pihak berkuasa menguatkuasakan dengan lebih ketat dan tegas Peraturan Makanan 1985 dan Akta Perihal Dagangan 1972 yang mengharamkan sebarang kandungan BPA di dalam botol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI