fbpx

100 pekerja pembersihan sekolah tuntut tunggakan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman (tiga kiri) menunjukkan surat tuntutan bersama pekerja pembersihan berdemontrasi aman di hadapan PPD Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Lebih 100 pekerja pembersihan melibatkan 19 sekolah di daerah ini menuntut tunggakan gaji yang didakwa tidak dibayar dua syarikat sejak November lalu.

Tunggakan selama empat bulan oleh syarikat pembersihan itu mengakibatkan mereka kini tertekan akibat menanggung bebanan hutang dan perbelanjaan harian keluarga.

Wakil pekerja itu, Osman Utut, 46, berkata, syarikat lantikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam berkenaan dituntut membayar gaji bulanan mereka berjumlah RM1,000.

“Pada hujung bulan lalu, kami sudah menghantar surat kepada PPD namun masih tiada maklum balas dan hari ini saya bersama lebih 100 pekerja hanya mahu penjelasan dan penyelesaian terbaik bagi memastikan kebajikan kami mendapat pembelaan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan surat tuntutan di PPD itu, hari ini.

Terdahulu, seramai 42 pekerja pembersihan menyertai demonstrasi aman di luar kawasan itu dengan turut dikawal ketat sepasukan polis.

Bagi pekerja ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai Fiza, 42, tunggakan gaji membuatkannya terpaksa menanggung hutang selain terpaksa mencatu perbelanjaan harian.

Sementara itu, Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), S. Koyilvan menuntut pihak berkaitan mengambil tanggungjawab bagi menyelesaikan tunggakan gaji berkenaan yang jelas melanggar Akta Kerja 1995.

Dalam pada itu, jurucakap PPD Sabak Bernam ketika dihubungi mengesahkan menerima surat tuntutan berkenaan dan akan meneliti secara terperinci mengenai perkara tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI