fbpx

Warga emas maut diseret lori, terpelanting atas kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang merempuh motosikal mangsa dalam kejadian di Kampung Paya Keranji, Kota Bharu hari ini. - Foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang warga emas maut selepas diseret sejauh kira-kira 600 meter sebelum terpelanting ke atas sebuah kereta selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Kampung Paya Keranji, Jalan Baru Pasir Hor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Said Hasan, 69, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan seluruh anggota badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dengan tidak memakai topi keledar secara tiba-tiba melintas ke seberang jalan arah ke Kampung Pasir Jelatang, Pasir Hor di sini.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan pemandu sebuah lori jenis Hino berusia 53 tahun tidak sempat mengelak sebelum merempuh motosikal mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah diseret lori terbabit sejauh kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian sebelum warga emas itu terpelanting ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Suhaimi, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian mangsa yang keluar dari simpang secara tiba-tiba tanpa memastikan keselamatan dan tidak memberi laluan kepada lori.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI