fbpx

UiTM tangguh konvokesyen ke-93

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-93 yang dijadualkan pada bulan depan ditangguhkan kepada Jun hingga Julai ini.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, penangguhan itu melibatkan 27,287 graduan di UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti.

“Penangguhan ini juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa.

Ujar Roziah, pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi yang di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini.

“Pihak UiTM akan terus memantau perkembangan wabak ini serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

“Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi Aminah Aman di talian 0355443110 atau Rozani Mohd Noh menerusi 0355443114,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI