fbpx

Tak dapat RM50 punca tendang, tumbuk bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular suspek menendang bapa tirinya di Yan kelmarin.

YAN – Ahli keluarga lelaki yang menumbuk dan menendang bapa tirinya sehingga cedera di Kampung Ruat di sini kelmarin, mahu suspek dipenjara dan menjalani rawatan psikiatri.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, suspek berusia 29 tahun mengamuk selepas bapa tirinya enggan memberikannya wang.

Bapa tirinya yang dikenali sebagai Nordin berkata, suspek yang merupakan anak lelaki tunggal sukar dikawal dan akan mengamuk setiap kali kemahuannya tidak dituruti.

“Tahap mentalnya semakin teruk sejak terlibat dengan dadah dan menghidu gam beberapa tahun lalu. Jadi saya mahu dia diberikan rawatan.

“Kami telah melakukan pelbagai cara untuk mengawalnya termasuk membuat laporan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan dan polis sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika di rumahnya ditemui semalam.

Sementara itu, isteri Nordin yang dikenali sebagai Salmiah memberitahu, dia tidak me­nyangka anaknya bertindak agresif kelmarin.

Salmiah menunjukkan kesan kecederaan pada telinga suaminya akibat ditumbuk dan ditendang anaknya semasa ditemui di rumah mereka di Yan semalam.

“Semasa kejadian, dia minta duit RM50 untuk membeli dadah selain minta suami menghantarnya ke Hospital Yan untuk mengambil ubat (sakit mental).

Berita berkaitan: Tumbuk, tendang bapa tiri angkara dadah

“Disebabkan suami enggan memenuhi permintaan itu, dia mula mengamuk dan mencede­rakan suami,” ujarnya.

Jelas Salmiah, dia bersyukur kerana suaminya tidak bertindak balas semasa kejadian itu yang mungkin boleh menyebabkan suspek bertambah marah.

Nordin mengalami cedera di telinga dan dada dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

“Saya bersetuju dengan suami supaya dia ditahan di penjara kerana itu keputusan terbaik untuk semua pihak,” katanya.

Suspek mengalami tekanan perasaan sejak 2014.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superinten­dan Shahnaz Akhtar Haji berkata, keputusan urin suspek didapati negatif dadah dan lelaki itu direman tiga hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI