fbpx

Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. KHUZAIRI (berdiri di tengah), isteri (kanan) bersama bapa mertuanya berjaya diselamatkan pasukan Maritim Malaysia Pulau Pinang awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Pasangan pengantin baharu bersama bapa mertua terpaksa berpegangan tangan sambil berpaut lebih dua jam pada tembok tiang 28, bawah Jambatan Pulau Pinang di sini dalam kejadian ribut awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Khuzairi Azhari, 23, dan Siti Nur Fairus Abu Bakar, 23, bersama bapa isterinya, Abu Bakar Dollah, 58, juga dikatakan terpaksa mengharungi air laut pasang yang naik ke tapak jambatan dari paras buku lali hingga ke betis mulai pukul 1 pagi.

Mohd. Khuzairi dan isteri dikatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan lalu dan aktiviti memancing di bawah jambatan berkenaan merupakan hobi masa lapang mereka tiga beranak.

Menurut Mohd. Khuzairi, mereka sememangnya tidak menyangka akan berlaku kejadian air pasang besar dan angin kuat yang luar biasa pada malam tadi sehingga menerbangkan peralatan memancing serta bekalan makanan yang dibawa.

“Kami naik bot pancing dari jeti itu ke bawah tiang 28 dan ketika itu cuaca dan laut berada dalam keadaan tenang. Ikutkan kami akan bermalam di situ dan pulang semula ke darat pukul 7 pagi tadi.

“Kami mula berasa lain macam setelah menyedari angin kuat dan diikuti kejadian air laut naik ke atas tapak pada pukul 1 pagi sehingga menenggelamkan paras betis sehingga lebih dua jam. Ini merupakan kejadian pertama kali yang pernah dialami sejak memancing di lokasi berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI