fbpx

Pembantu penguatkuasa direman rasuah cetak rompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dibawa bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pembantu penguatkuasa sebuah agensi kerajaan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah RM5,000 agar tidak mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti cetak rompak.

Perintah reman sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Ellyana Othman terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap SPRM itu hadir ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Menurut sumber, penangkapan suspek dilakukan pukul 1.35 tengah hari semalam selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati terdapat beberapa pegawai dan pembantu penguatkuasa sebuah agensi kerajaan di Selangor membuat pembongkaran berhubung aktiviti cetak rompak di sebuah syarikat swasta.

“Suspek dikatakan telah meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM5,000 daripada pemilik tersebut sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap syarikat itu kerana dikatakan menggunakan perisian komputer cetak rompak.

“Perbuatan suspek dipercayai dilakukan pada Februari 2020,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI