fbpx

Real Madrid akur pulang tangan kosong – Ancelotti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Real jelas kecewa selepas tewas 0-1 kepada PSG pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti enggan mengibarkan bendera putih meskipun kecewa apabila pasukannya pulang ‘tangan kosong’ selepas tewas 0-1 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi pertama pusingan 16 terbaik semalam.

Pada aksi itu, PSG meraih ja­ringan tunggal hasil jaringan penyerang sensasi, Kylian Mbappe pada masa kecederaan, sekali gus memberi sedikit kelebihan buat kelab gergasi Perancis itu.

Kata Ancelotti, barisan pemainnya telah melakukan yang terbaik dan tidak wajar disalahkan meskipun kurang agresif berbanding kebiasaan apabila jentera serangan kurang berfungsi.

“Saya lihat barisan pertahah kerana kami ada kelebihan beraksi di Santiago Bernabeu,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol Real, Thibaut Courtois enggan mendabik dada selepas berjaya menyelamatkan pasukan daripada dibolosi lebih banyak gol selepas menepis sepakan penalti yang diambil oleh Lionel Messi pada babak kedua.

“Saya bernasib baik kanan kami tidak ada masalah tetapi jentera tengah dan serangan kurang ampuh dalam memastikan kami dapat mengawal bola serta permainan.

“Situasi itu menyaksikan jentera serangan kami seperti Marco Asensio, Vinicius Jr dan Karim Benzema tidak dapat melakukan percubaan. Namun, ini bukan bermakna kami menyererana sudah bertemu dengan Messi banyak kali menerusi penentuan sepakan penalti dan daripada situ saya belajar arah tendangan yang mungkin dilakukannya,” kata penjaga gol antarabangsa Belgium itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI