fbpx

Kertas Putih reformasi sistem kesihatan akan dibentang di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu Kertas Putih berkaitan pemerkasaan sistem kesihatan akan dibentangkan di Parlimen dalam usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau sendiri telah mencadangkan satu Kertas Putih berikutan sistem kesihatan sedia ada tidak kalis masa hadapan.

“Disumbang beban penyakit penyakit tidak berjangkit (NCD), termasuklah kanser, yang terus meningkat, Malaysia memerlukan satu reformasi sistem kesihatan dan ini merangkumi reformasi sistem pembiayaan kesihatan.

“Adalah harapan saya, Kertas Putih yang bakal disedia dan dibentangkan di Parlimen akan disokong semua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 di Institut Kanser Negara (IKN) hari ini.

Majlis itu juga turut akan memperkenalkan buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025.

Khairy Jamaluddin berkata, walaupun kerajaan melaksanakan program PeKa B40 bagi menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah seperti saringan kanser tertentu dan bantuan alat perubatan, ia tidak memadai.

Katanya, seiring dengan isu ketidaksamaan dalam penjagaan kanser yang berlaku di dunia, setiap pesakit layak menerima penjagaan yang terbaik, sama seperti pesakit-pesakit yang lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI