fbpx

Kanada sekat akses dana terkumpul milik Konvoi Kebebasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konvoi Kebebasan melibatkan pemandu treler yang disekat perjalanan ke Amerika Syarikat kerana status vaksinasi tidak lengkap. - Wall Street Journal

OTTAWA, Kanada – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan penggunaan Akta Kecemasan buat kali pertama di negara itu bagi menangani krisis penunjuk perasaan yang semakin berlarutan.

Menurut laporan akhbar Metro News UK, akta tersebut termasuk skop meluas mengenai peraturan pembiayaan keganasan termasuk transaksi kripto kepada penunjuk perasaan.

Akta Kecemasan memberi kerajaan kuasa untuk membekukan akaun bank yang disyaki menjadi penyumbang kepada gerakan Konvoi Kebebasan.

Setakat ini, penunjuk perasaan sekatan Covid-19 Kanada telah mengumpulkan lebih AS$19 juta (RM79,562 juta) melalui platform pengumpulan dana GoFundMe dan GiveSendGo.

Walau bagaimanapun, dana tersebut telah disekat sebelum sempat diakses oleh peserta demonstrasi dan menyebabkan beberapa orang menganjurkan percubaan kedua pengumpulan dana menggunakan Bitcoin.

Bagi memastikan kesemua percubaan mendapatkan dana menerusi media sosial atau mana-mana laman penstriman gagal, Trudeau yakin Akta Kecemasan adalah langkah terbaik.

Sejak beberapa minggu lalu, Konvoi Kebebasan yang melibatkan pemandu treler berkumpul di bandar-bandar utama Kanada telah menyebabkan gangguan lalu lintas dan aktiviti harian penduduk tempatan.

Konvoi Kebebasan menuntut Trudeau menarik semula sekatan Covid-19 kepada golongan pemandu treler yang belum atau tidak lengkap vaksinasi Covid-19.

Menteri Kewangan, Chrystia Freeland berkata kerajaan persekutuan telah meluaskan peraturan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan untuk meliputi platform dana khalayak berekuiti atau crowdfunding dan penyedia pembayaran yang digunakan, termasuk transaksi mata wang kripto.

‘Sekatan ini adalah penting bagi memastikan rakyat Kanada selamat, melindungi pekerjaan orang ramai dan memulihkan kepercayaan terhadap institusi kami,’ kata Trudeau.

Di bawah akta itu, platform crowdfunding dan penyedia perkhidmatan pembayaran yang dikaitkan dengan konvoi  termasuk kripto, kini mesti berdaftar dengan Pusat Analisis Transaksi dan Laporan Kewangan Kanada (FINTRAC). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI