fbpx

Jangkitan Covid-19 kanak-kanak meningkat 160 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bercakap pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak meningkat 160 peratus khususnya bermula pada minggu kelima dan keenam tahun ini dan ia agak membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebanyak 6,524 kes dikesan membabitkan usia bayi hingga 11 tahun direkodkan pada minggu kelima.

Beliau berkata, sebanyak 2,822 kes dikesan membabitkan usia bayi baharu lahir hingga kanak-kanak berusia empat tahun dan 4,242 kes lain membabitkan usia 5 tahun dan ke atas.

“Bagi minggu keenam pula, sebanyak 16159 kes direkodkan dengan 10,796 kes membabitkan usia bayi baharu lahir hingga kanak-kanak berusia empat tahun dan 6,613 kes membabitkan lima tahun ke atas.

“Kami juga melihat peningkatan kes kemasukan kanak-kanak ke hospital sejak akhir-akhir ini selari peningkatan kes,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Justeru, katanya, beliau berharap ibu bapa tampil segera mendaftarkan anak-anak mereka bagi mendapatkan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI