PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan bazar Ramadan sebagai lubuk penularan wabak Covid-19 varian Omicron. Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologi, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Noran Naqiah Hairi berkata, ia termasuk tidak mengunjungi bazar jika bergejala. “Sekiranya bergejala duduk di rumah. Jangan pergi ke bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya