fbpx

Hong Kong laksana khidmat teksi antiwabak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan teksi anti-wabak untuk pesakit Covid-19 akan bermula hari ini dan label khusus akan dilekatkan pada teksi. -TBH

HONG KONG – Pihak Berkuasa Hospital Hong Kong dengan kerjasama Biro Pengangkutan dan Perumahan (THB) akan melaksanakan perkhidmatan teksi antiwabak bermula esok, lapor akhbar South China Morning Post.

Perkhidmatan teksi  dikhaskan untuk menghantar dan mengambil pesakit Covid-19 bergejala ringan yang perlu membuat pemeriksaan di hospital.

Ia bertujuan mengurangkan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan awam Hong Kong ketika penularan gelombang Omicron.

Sebanyak 300 kenderaan akan bertindak sebagai teksi antiwabak dengan pemandu terpilih akan menerima  bayaran sehingga AS$384 (RM1,606) sehari.

Pegawai-pegawai THB telah mula mengedarkan bekalan peralatan perlindungan diri seperti pelitup muka, pelindung wajah dan sut perlindungan diri (PPE) sejak semalam.

“Pesakit perlu hadir ke klinik untuk pemeriksaan dengan teksi yang ditetapkan selama mana yang diperlukan.Pemerintah akan menyediakan pengendali dan pemandu armada yang ditetapkan dengan garis panduan antiwabak.

“Pemandu armada yang dipilih mesti memakai peralatan perlindungan, termasuk pelindung muka (semasa tidak memandu), pelitup muka, PPE, dan melakukan ujian antigen pantas setiap hari sebelum memberikan perkhidmatan,” demikian menurut seorang  jurucakap TBH.

Pesakit yang mempunyai janji temu yang dibuat di klinik yang ditetapkan boleh menempah perkhidmatan teksi ini melalui platform tempahan khas bermula esoki.

Jurucakap itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada industri teksi yang sedia berkhidmat dalam situasi pandemik meskipun mendapat notis singkat daripada pemerintah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI