fbpx

Hobi suka tangkap gambar dengan tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVE bergambar bersama-sama tong-tong sampah kegemarannya. - Dave Clark / SWNS

LONDON – Seorang lelaki dilaporkan terlalu obses dengan tong sampah sehingga cuba mengumpulkan koleksi gambarnya bersama tong sampah di Britain, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Dave Clark, 51, hobi itu timbul ketika melawat tempat pembuangan sampah pada zaman kanak-kanaknya.

Lelaki itu digelar ‘Dustbin Dave’ oleh rakan-rakannya kerana gemar mengambil gambar bersama tong sampah.

Sehingga kini, bapa dua anak itu masih berusaha untuk mencari tong-tong sampah terbaik di Britain.

“Saya mencari tong sampah yang paling unik. Jika lain dari yang lain, saya akan ambil gambar. Jika anda melihat tong sampah yang menyeronokkan, ia akan membuatkan anda tersenyum semasa melewatinya.

“Tong sampah di luar yang sempurna perlu berpenutup besar dan bersaiz sederhana. Anda tidak mahu ia besar. Ia perlu cantik dan berwarna-warni dengan rekaan yang aneh,’’ katanya.

Clark tinggal bersama isteri dan dua anaknya di perkampungan Caister, Norfolk yang sudah memahami akan hobinya yang pelik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI