fbpx

Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju agar projek rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) disambung lagi setelah tempoh tiga bulan pelaksanaannya berakhir kelmarin.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, ia susulan persetujuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Bil.2/2022 di sini pada 8 Februari lalu.

“Projek ini menguji kesediaan dan kesiapsiagaan ekosistem pelancongan negara khususnya penggiat industri serta pekerja barisan hadapan menerima kedatangan para pelancong asing.

“Ketibaan mereka berjaya dilakukan secara berperingkat dan selamat. Justeru, mesyuarat bersetuju melanjutkan LTIB sehinggalah sempadan negara dibuka,” kata kementerian itu hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kementerian itu memaklumkan bahawa ketetapan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pengembara asing melalui LTIB telah pun diselaraskan oleh kerajaan.

“Ini berdasarkan garis panduan terkini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan telah diwartakan 16 Februari 2022 serta sudah berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI