fbpx

Gasser pertahan pingat emas Big Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GASSER bangga kerana berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara Big Air pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di Beijing semalam. – AFP

BEIJING – Atlet luncur salji sensasi Austria, Anna Gasser berjaya mempertahankan pingat emas selepas mendominasi acara Big Air pada Sukan ­Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kelmarin.

Pada saingan itu, Gasser berjaya mengutip keseluruhan 185.50 mata, sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari New Zealand, Zoi Sadowski Synnott yang meraih pingat perak dan atlet Jepun, Kokomo Murase melengkapkan kedudukan podium ketiga.

Gasser memberitahu, apa yang dicapainya kali ini lebih istimewa berbanding ketika meraih pingat emas edisi 2018 di Korea Selatan kerana dirinya kini merupakan atlet luncur salji wanita tertua yang mara ke pusingan akhir.

“Ini adalah saingan mencabar kerana perlu bersaing dengan atlet-atlet muda seper­ti Synnott dan Murase yang memiliki lebih tenaga serta stamina. Namun, sudah tentu saya menggunakan setiap pe­ngalaman yang dimiliki untuk pamerkan prestasi konsisten.

“Apa yang pasti, pujian wajar diberikan kepada Synnott dan Murase kerana memberi cabaran yang cukup sengit kepada saya sepanjang pusingan akhir kali ini dan terbukti apabila perbezaan kutipan mata antara kami semua tidak terlalu ketara.

“Secara keseluruhan, saya cukup beremosi kerana tidak menyangka pada usia yang dianggap di penghujung karier, saya masih mampu menyumbangkan pingat emas buat kontinjen Austria.

“Menjadi satu kebanggaan buat saya kerana masih mampu bersaing dengan atlet muda,” katanya yang berusia 31 tahun.

Perjalanan karier Gasser dianggap unik kerana ketika remaja dia merupakan atlet gimnastik sebelum mengambil keputusan untuk fokus pada sukan luncur salji bermula usia 18 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI