fbpx

Dua maut, dua kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Lee Mooi tiba di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat malam tadi. -Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Dua maut selepas kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa bertembung dalam nahas di Jalan Pulai di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 petang itu, penumpang kedua-dua buah kereta iaitu Muhammad Nieaz Muhaimim Yar, 17, dan Tan Lee Mooi, 33 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, Muhammad Nieaz Muhaimim duduk di tempat penumpang hadapan sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu rakannya, Mohammad Imran Mohd. Kamaluddin, 17.

Menurutnya, kereta yang dinaiki dua pelajar tingkatan lima itu sedang dalam perjalanan dari arah Taman Tropika menghala ke Kampung Pulai di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu remaja itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kereta mereka bertembung dengan kereta jenis Proton Saga yang dinaiki Lee Mooi dan suaminya, Poo Yih Yeong, 35,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, berdasarkan siasatan, Muhammad Nieaz Muhaimim dan Lee Mooi mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan akibat tersepit di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, Mohammad Imran pula cedera parah manakala Yih Yeong mengalami patah patah pergelangan tangan dan mereka dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan turut mendapati, Mohammad Imran yang memandu kereta Proton Waja itu tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Tambah Choon Foo, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI