fbpx

Cuaca buruk di Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang bagi negeri Sarawak petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlaku sehingga pukul 5 petang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI