fbpx

Bahagia cara Alyah, Tok Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH mengakui, corak hubungan bersama Tok Ram tidak romantik seperti pasangan selebriti lain.

JARANG mendengar tentang kisah rumah tangga Alyah dan suami tercinta, Datuk Ramli MS atau Tok Ram menjadi bahan perbualan ramai.

Namun, baru-baru ini Alyah menarik perhatian ramai apabila berkongsi video dia dan suami menikmati masa bersama dengan berjalan-jalan di sebuat pusat beli-belah.

Paling menarik perhatian pastinya gelagat mereka suami isteri yang jalan berasingan dan tidak berpegangan tangan seperti pasangan lain.

“Ini cerita semalam. Sepetang bersama Tok Ram. Saya tidak suka berpegangan tangan, rasa rimas pula.

“Ikut cara dan bahagia cara masing-masing. Saya suka jalan menikmati persekitaran, manakala suami akan hanya terus ke tempat yang dituju tanpa menoleh kiri dan kanan,” katanya.

Rasa-rasanya tiada masalah pun pada mata Mizz Lahar. Setiap orang mempunyai cara tersendiri bagi menzahirkan rasa cinta terhadap pasangan mereka.

Semoga Alyah dan Tok Ram kekal bahagia hingga ke syurga. Tok Ram sempoi!

MIZZ LAHAR: Pedas juga komen juri untuk Big Stage musim keempat ini. Minggu depan nak tengok drama apa ya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI