fbpx

A&W sasar pembukaan 150 cawangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (berbaju merah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif A&W, George Ang pada Majlis Perasmian Pembukaan Semula Restoran A&W Seremban dan Kafe Jamaica Blue hari ini.

SEREMBAN – Pengendali jenama restoran makanan segera, A&W Malaysia Sdn. Bhd. (A&W) menyasarkan pembukaan lebih 150 cawangan baharu di seluruh negara menjelang 2025, melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Ang berkata, untuk tahun ini, syarikat merancang untuk menambah 25 cawangan baharu terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Kami sudah mempunyai 70 cawangan A&W di Semenanjung dan salah satu pelan pengembangan syarikat adalah untuk membuka cawangan baharu di Malaysia Timur.

“Menjelang 2025, kami perlu mencapai sasaran membuka lebih 150 cawangan di seluruh negara, selaras dengan visi dan misi syarikat untuk meluaskan jenama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Pembukaan Semula Restoran A&W Seremban dan Kafe Jamaica Blue yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di sini, hari ini.

Menurut George, pihaknya menyasarkan jualan bernilai RM200 juta tahun ini menerusi 95 cawangan A&W di seluruh negara.

Aminuddin memotong riben sebagai gimik perasmian pembukaan semula restoran berkenaan.

Tambahnya, konsep moden retro yang yang diketengahkan restoran A&W, selain pengenalan menu-menu baharu diyakini dapat meningkatkan jualan.

“Dalam masa terdekat sempena Hari Raya Aidilfitri dan bulan Ramadhan, kami akan memperkenalkan menu baharu berasaskan cita rasa Melayu.

“Selain itu, pembukaan Kafe Jamaica Blue yang pertama di cawangan A&W Seremban ini merupakan salah satu kerjasama strategik syarikat untuk menawarkan kepelbagaian kepada pelanggan,” ujarnya.

Sementara itu, Aminuddin berkata, restoran A&W di Seremban yang diberi nafas baharu dengan pengubahsuaian berkonsepkan moden retro memberi nilai tambah kepada bandar berkenaan sebagai salah satu tarikan yang ikonik.

“Restoran A&W di Seremban ini satu-satunya bangunan lama yang masih dikekalkan sejak dibuka pada 1978 dan ia meninggalkan nostalgia kepada masyarakat di sini.

“Tentunya, konsep retro ini sesuai dengan imej A&W yang telah lama menjadi tempat lepak kegemaran orang ramai selama beberapa dekad,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI