DIINSPIRASIKAN daripada perkataan berbahasa Melayu, ‘suka’, aplikasi penstriman terbaharu sooka dilihat pantas dan terus mendapat tempat dalam kalangan penonton millennial masa kini.
Aplikasi sooka yang dilancarkan tahun lalu dibina khas bagi memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyusunan kandungan premium diminati ramai seperti sukan dan hiburan.
Lebih istimewa, sooka membawakan anda secara khas tidak sahaja drama dan program-program hiburan domestik, namun turut menawarkan kandungan aksi sukan global secara langsung menerusi platform ‘Over-The-Top’ (OTT) berasaskan konsep mudah alih.
Kehadiran pandemik maut tidak diundang, Covid-19 yang membadai bukan sahaja negara tetapi satu dunia dilihat telah mengubah gaya dan corak hidup digital norma baharu secara tidak langsung.
Justeru, sooka yang tiba tepat pada waktu para pengguna mula mengamalkan gaya hidup mobile-first dan sudah terbiasa menonton kandungan secara dalam talian dilihat cukup bertepatan.
Tidak setakat menyediakan langganan secara percuma kepada semua, sooka turut menawarkan dua pilihan pelan mudah bagi pelanggannya.
Pelan mampu milik dikenali sebagai pelan VIP+Sports dan pelan VIP Entertainment yang menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia terdiri daripada drama, rancangan dan filem tempatan serta siri original eksklusif sooka.
Paling berbeza dan menarik berbanding laman penstriman lain, hanya sooka dan satu-satunya aplikasi yang menawarkan aksi sukan global secara langsung yang pastinya belum pernah ditawarkan di mana-mana platform pesaing lain.
Kebolehan sooka menawarkan aksi sukan secara langsung untuk tontonan para peminat tegar di dalam peranti mudah alih mereka membolehkan penonton menonton aksi sukan kegemaran pada bila-bila masa tidak kira di mana berada.
Justeru, sooka telah menyediakan barisan ‘aksi’ sukan yang mantap hingga ke hujung tahun nanti dan akan terus mengukuhkan portfolio tersebut agar dapat menyajikan yang terbaik buat para peminat sukan di Malaysia.
Tidak setakat sukan, sooka turut menawarkan pilihan siri drama Melayu premium yang meluas, terkini dan disusun rapi, filem-filem, hiburan dan rancangan siaran langsung serta pelbagai rancangan berbahasa Cina dan Tamil bagi memenuhi selera tempatan.
Tawaran pelbagai kandungan tersebut menjadikan sooka terkenal dan mahu dikenali sebagai sebuah platform Rumah Sukan Rakyat Malaysia dan Rumah Hiburan Tempatan.
Sooka meskipun masih baharu, kerjasamanya dengan syarikat penyedia telekomunikasi gergasi iaitu Maxis baru-baru ini juga dilihat bertepatan sekali gus memberikan yang terbaik kepada pelanggan.
Kerjasama strategik tersebut membolehkan rakyat Malaysia menikmati siaran langsung sukan tanpa gangguan seperti Premier League, BWF Badminton World Championships, Formula 1 Championships, MotoGP serta kandungan hiburan premium tanpa had.
Menerusi jalinan itu juga, pengguna penyedia telekomunikasi tersebut boleh melayari dan melanggan kandungan melalui platform sehenti untuk menikmati pengalaman menonton serba lancar dengan pakej data mudah alih mampu milik dan fleksibel menerusi rangkaian terbaik di negara ini.