PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi negeri Terengganu dan Pahang pagi ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi.
“Ia dijangka berlaku di negeri Terengganu melibatkan Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman
“Manakala di Pahang membabitkan Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE