PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di negeri Kelantan, Terengganu dan Sarawak malam ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam.
“Di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu membabitkan kawasan Besut dan Setiu.
“Keadaan sama turut diramalkan berlaku di Sarawak melibatkan Sri Aman, Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Miri (Telang Usan dan Marudi),” katanya. – KOSMO!ONLINE