fbpx

50 peratus pesakit Covid-19 Pulau Pinang masuk PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pulau Pinang merekodkan kira-kira 50 peratus kemasukan pesakit Covid-19 susulan peningkatan kes jangkitan wabak itu baru-baru ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini keadaan adalah terkawal dan kerajaan negeri memantau dengan teliti keadaan berkenaan.

“Kerajaan negeri membuat persiapan bagi memastikan kemudahan adalah mencukupi bagi menampung peningkatan kes Covid-19.

”Bagaimanapun, daripada statistik Jabatan Kesihatan negeri, lebih 90 peratus kes Covid-19 di negeri ini adalah dalam kategori satu dan dua.

“Jadi kemasukan ke pusat penjagaan kesihatan dan PKRC masih terurus, mungkin mencecah 50 peratus kemasukan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MTT Properties dan Development Sdn. Bhd. (MTTPSB) dan Selgate Properties Sdn Bhd (SPSB) di sini hari ini.

Pulau Pinang mencatatkan 2,142 kes semalam, menjadikan kes kumulatif Covid-19 adalah 184,496 kes dan daripada jumlah itu, 10,267 adalah kes aktif.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pihaknya berharap ibu bapa akan membenarkan anak-anak mereka diberi vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan untuk Kanak-kanak Covid-19 (PICKids) yang sedang berjalan agar anak-anak mereka dilindungi dengan lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI