fbpx

11,187 kanak-kanak terima vaksin di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seramai 11,187 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negeri ini telah menerima suntikan imunisasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids) sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, bilangan itu meliputi 4.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut iaitu seramai 254,100 orang berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 20.1 peratus atau 51,152 kanak-kanak telah mendaftar untuk mengambil vaksin di aplikasi MySejahtera.

“Berdasarkan rekod harian, sebanyak 2,109 dos suntikan telah diberikan kepada kanak-kanak di negeri ini pada semalam.

“Sasaran kebangsaan adalah untuk mencapai 50 peratus suntikan pertama hingga akhir Februari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengambil langkah membuka kemudahan suntikan vaksinasi Covid-19 kanak-kanak di hospital, klinik kesihatan dan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI