fbpx

Suara persis Sudirman, penampilan penyanyi ‘busker’ dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda itu dikatakan mempunyai suara persis Sudirman sewaktu menyanyikan lagu-lagu popular Allahyarham.

PETALING JAYA- Kemunculan seorang pemuda lelaki yang membuat persembahan ‘busking’ dengan mendendangkan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Arshad mendapat pujian netizen apabila dikatakan mempunyai alunan suara persis penyanyi nombor satu Asia itu.

Pemuda terbabit dikenali sebagai Arish Mikael digambarkan mempunyai nada suara seperti Sudirman lebih-lebih lagi ketika menyanyikan lagu-lagu popular Allahyarham seperti Hujan.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna Facebook, Noor Fadzlan, pemuda itu dilihat menyanyikan lagu bertajuk Hujan ketika menyertai aktiviti busking di Hentian Bas Bentayan di Muar, Johor.

“Vokalis dia bercakap biasa pun sudah keluar Sudirman, orang Muar mesti pernah dengar, selalu busking di tempat makan sebelah Hentian Bas Bentayan,” tulisnya.

Video dikongsi pengguna Facebook itu dikongsi lebih 2,000 pengguna media sosial selain mendapat lebih 5,000 tanda suka.

Sementara itu, rata-rata netizen terus memuji keunikan bakat dimiliki lelaki tersebut selain terus mendoakan agar kerjaya dalam bidang seni terus bersinar.

“Memang sedap dan menusuk kalbu, boleh pergi jauh, kalau dia ada saluran Youtube, saya akan ikuti,” kata Rafif Rayyan.

“Terbaik adik, boleh pergi jauh, lepas ini boleh nyanyikan lagu Sudirman yang lain,” jelas Mohd Shahrir.

“Suara dia seakan Sudirman, harap ada yang ketengahkan bakat, bukan senang mahu cari suara mahal seperti ini,” minta Marzlan Abdullah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI